Bahasa Rakyat
Add
Pandai menyelisik sedang laga
Orang
yang ahli dan
bijaksana
dalam
melakukan
pekerjaan
susah
merbahaya
dia masih dapat mencari
kesenangan
diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak mengepal pasir kering
Membuat
sesuatu
pekerjaan
yang sukar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Patah tongkat berjereman (berjerimang)
Mengerjakan
sesuatu
dengan
sedaya upaya;
Tidak
putus asa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sungguhpun batang merdeka ingat pucuk akan terempas
Sesuatu
pekerjaan
jangan
ingat
sebahagian
sahaja
tapi dari
awal
hingga
akhir.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai menghela rambut dalam tepung; rambut jangan putus tepung jangan terserak
Kerja yang
susah
mesti di
buat
dengan hati-hati
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah menggoncang girik-girik
Sangat tua.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tunduk kepala bukan minta dipijak
Kita
berbuat
lembut dan
hormat
kepada sesiapa
bukan
ertinya
orang
itu
boleh
sesuka
hatinya kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Makan nasi suap suapan tetapi menyambut puan kosong
Berkahwin mengikut adat tetapi isteri
bukan
dara lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti menghela rambut di dalam tepung; rambut jangan putus tepung jangan (ber)terserak
Menghukum
atau
mengadili
seseorang
perlulah
bijaksana
supaya
tidak
ada
yang
berpuas
hati;
Menjayakan
sesuatu
pekerjaan
berat
dengan
cermat
dan
berhati-hati
kedua
pihak
bersenang
hati
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hulu mujur pandai bertenggeng hulu naik baik pandai memakai
Orang
yang
pandai hidup
dan
membawa diri
dalam
pergaulan
hingga
dia selamat
aman
serta dikasihi
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
5
[6]
7
8
9
10
[c] 2021 Petak Ajaib PLT