Bahasa Rakyat
Add
Sungguhpun putarwali itu raja segala penawar tetapi pada kebanyakkan selera ialah hamba (segala) makanan
Sungguhpun
pengajaran
yang
baik
itu
berguna
tetapi ramai
tidak
mahu
menerimanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput
Jika
hendak
memelihara
anak
isteri
atau
kaum kerabat
dengan sempurna janganlah
menanggung
nafkah
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilang ikan dalam kerabu hilang kilat dalam kilau
Kalau
sudah
menjadi
kebiasaan
tidak
ada
bezanya lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tohok raja tidak dapat dielakkan
Kehendak
orang besar
tidak
dapat dielakkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harapkan hati hendak memeluk gunung apa akal tangan tak sampai
Kehendak
hati
terlalu
besar
tetapi
tidak
berupaya
hendak
menyampaikannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai mendapat durian runtuh
Mendapat
untung
banyak
yang
tidak
disangka-sangka.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana buah masak belum dihenggut perdu luruh sendiri
Tiap-tiap
barang
yang telah tua dengan sedikit
berkuat
rosaklah ia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sungguh diuja dipegang ekor.
Kebebasan
yang
terbatas.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harimau menunjukkan belangnya (durian menunjukkan pangsanya)
Orang besar
menunjukkan kuasanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tepung di tangan pengadun
Lemah dan
tidak berdaya
melawan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
19
20
21
22
23
[24]
25
26
27
28
[c] 2021 Petak Ajaib PLT