Bahasa Rakyat
Add
Lunak disudu keras ditakik
Berlembut pada yang
patuh
berkeras menentang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada sakit makan ubat
Orang
yang
menyusahkan
dirinya kerana
berkehendakkan
hal sedia
cukup
akhirnya
mendapat
kesusahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gundahkan buah dimakan burung
Mencintai isteri
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak tahu akan siput empuk
Tidak
tahu rundingan telah selesai
atau
sindiran
yang mengenai dirinya sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Niat hati nak getah bayan sudah tergetah burung serindik
Lain
yang diingini
lain
pula dapat
terjadi
dalam
usaha
mendapatkan
jodoh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tanam lalang tidak akan tumbuh padi
Kejahatan
yang dilakukan
itu
kejahatan
juga
balasannya;
Jangan
diharapkan
sesuatu
mustahil
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lar-lar dimakan upih lagi putih lagi dikerok
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak serik luka dimakan tajak esok lusa ke bendang juga
Sesuatu
kesukaran
itu
tidak
pernah menghalangi
seseorang
untuk terus
berusaha
mencari
nafkah
hidupnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pisau raut bongkok orang boleh dibetulkan bongkok sendiri tak boleh betul
Orang
yang
boleh
menolong
kesusahan
orang
lain
tetapi kesusahannya sendiri
berkehendakkan
pertolongan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tahan racik burung tak kena burung biasa makan di tangan
Orang
yang biasa
bercampur
dengan
orang
berilmu
tidak
mudah terpedaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
4
5
6
7
8
[9]
10
11
12
13
[c] 2021 Petak Ajaib PLT