Bahasa Rakyat
Add
Penat tukang menempa besi binasa senjata tak jadi
Tenaga yang
banyak
dan belanja
besar
telah dicurahkan kepada
sesuatu
pekerjaan
tetapi akhirnya sia-sia
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Campak bunga dibalas tahi
Kebaikkan dibalas dengan
kejahatan
;
Orang
yang
tidak
tahu
membalas budi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke laut meracik ikan tersenyum siput; ke hutan memancing punai tertawa badak
Tiap-tiap
perbuatan
itu
biar tentu dengan aturannya jika
tidak
menjadi
sia-sia
sahaja
bahkan
tertawa
orang
kelak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama memerah nyiur; santan diambil hampas dibuang
Hendaklah dipilih
barang
yang
baik
dan
benar
dapat
sebaliknya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai dihentakkan alu luncung
Dikalahkan
orang
yang
bodoh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jadi teluk olakan air
Perdebatan
yang berkisar kepada
satu
masaah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gaharu dibakar kemenyan berbau
Orang
yang memperagakan
sesuatu
kelebihannya
tidak
dipersetujui
orang ramai
cakapnya
itu;
melainkan kadar timbangan ramai
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Batu direbus masakan empuk
1.
Orang
bodoh
tidak
dapat diberi
ajaran.
2. yang
degil
sukar diajar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai meniup api di atas air
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kambing menanduk bukit
Pekerjaan
yang sia-sia dan
tidak
mendatang
keuntungan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
2
3
4
5
6
[7]
8
9
10
11
[c] 2021 Petak Ajaib PLT