Bahasa Rakyat
Add
Ada pun ikan yang diam tujuh lautan sekalipun termasuk juga ke dalam pukat
Walau
bagaimana
kuat dan pandai
orang
itu
ada
masanya terpedaya
atau
terkena
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai padi hendak ke dedak
Menolak
apa
yang
baik
dan suka kepada
perkara
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tiada hak sendiri anak mata berdiri-diri
Kalau
kita tiada wang tak
boleh
membeli
apa
yang disukai melainkan dilihat sahajalah dengan
berharap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana golok kayu ditetakkan tidak makan dijual tidak laku
Pengetahuan yang
tidak
sampai
atau
cukup
itu
sia-sialah
sahaja
ada
gunanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hajat hati nak peluk gunung apakan daya tangan ak sampai
Kehendak
yang terlalu
besar
sehingga
tidak
berkemampuan
untuk mencapainya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Merajuk kepada yang kasih (marah kepada yang sayang) (manja kepada yang sayang berkaul kepada yang keramat)
Kalau
hendak
membesar
hati
biarlah kepada
orang
yang peduli tentang kita
meminta
atau
berkaul
begitu
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harap ke mulut cakap besar kerja suatu tak boleh cakap
Cakap saja
besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika tak lalu dandang di air di gurun dirangkakkan (ditanjakkan)
Melakukan segala
ikhtiar
untuk mencpai maksud.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sepandai-pandai mencincang landasan juga yang habis
Walaupun dibantu
tuan rumah
kenduri
juga
yang
banyak
rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nan jauh tiada terjelang nan dekat tak tertandangi
Keluarga yang
jauh
tidak
dikunjungi
dekat
terlihat-lihat lagi
sebab
badan
telah tua
atau
kerana
banyak
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
37
38
39
40
41
[42]
43
44
45
46
[c] 2021 Petak Ajaib PLT