Bahasa Rakyat
Add
Hilang tak tentu rimbanya mati tak tentu kuburnya
Lenyap tanpa
khabar
berita.
;
Sesuatu
perkara
yang
tidak
tentu kesudahannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti ikan di paya datang kemarau keringlah ia
Dalam
keadaan yang
sulit.
;
amat
berbahaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Secupak itu tidak boleh menjadi segantang
Takdir
tidak
dapat diubah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Titah lalu sembah berlaku
Kalau
kita mendengar kata
orang
pun akan
dengar
kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Labu yang telah dikerobek tikus
Gadis yang tiada dara.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tiada angin bertiup masakan daun kayu bergoyang.
1. Setiap
kejadian
ada
puncanya. 2. Jika
tidak
benar
berlakunya
sesuatu
orang
lain
akan memperkatakannya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika hendak melempar anjing tidak kurang batu dijalan
Jika
hendak
memburukkan
atau
memfitnahi
orang
ada
sahaja
jalannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jikalau ular menyusur akar tak kan hilang bisanya
Tidak
jatuh
martabat
orang
yang mulia
jika merendahkan diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada pendekar yang tak bolos tiada juara yang tidak kalah
Orang
pandai pun
ada
masanya silap
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harap hendak melonjak kopiah pesuk
Kerana
hendak
hidup
dengan
kemewahan
terjual
atau
tergadai
harta benda.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
33
34
35
36
37
[38]
39
40
41
42
[c] 2021 Petak Ajaib PLT