Bahasa Rakyat
Add
Pinang tua merah seekor (ekornya)
Perempuan yang
sudah berumur
tetapi kelakuannya suka
bersolek
seperti perempuan
muda
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti aur ditarik songsang
Kurang
cermat
membuat
sesuatu
kerja yang sama
akibatnya
menyusahkan
pada hal
boleh
dibuat dengan senang
sahaja.
;
Pekerjaan
sangat sukar dilakukan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seekor ayam tak berkokok hari tak siangkah?
Hanya
seorang
yang
tidak
bersetuju dengan
sesuatu
permuafakatan
masakan
itu
akan
menjadi
batal.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai menanti laki pulang maling
Selalu
dalam
kecemasan
dan
ketakutan;
mengharapkan
sesuatu
pekerjaan
yang
tidak
pasti
dapat dilakukan
oleh
seseorang
kurang
pengalaman.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah bertaruh (bertarah) berdongkol pula
Sesudah perselisihan didamaikan timbul lagi sengketa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Habis tenggang dan kelakar
Tidak berdaya
lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sumbang melalui retak melampaui tara (garis)
Kesalahan
besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak sungguh seluang melaut akhirnya (ke tepi juga) balik ke pantai juga
Walaupun
jauh
merantau akhirnya
balik
ke
kampung halaman
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti sepohon kayu (barang) di mana ditiup angin disitulah (disanalah) ia condong
Orang
yang
tidak
tetap
pendirian
hanya
menumpang
kepada
orang
menang dan
cerdik
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Selurus-lurus ekor anjing ada juga bengkok
Orang
yang
sentiasa
melakukan
sesuatu
perbuatan
jahat
walau pun ditunjukkannya kelakuan
baik
maka tidaklah
sebaik
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
30
31
32
33
34
[35]
36
37
38
39
[c] 2021 Petak Ajaib PLT