Bahasa Rakyat
Add
Bagai kera mendapat canggung
Orang
yang dibantu
semasa
susah
hendaklah merapatkan dirinya kepada
orang
pernah membantunya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa menggali lubang dia akan masuk ke dalamnya (dialah terperosok)
Siapa
berbuat
khianat dia yang akan
celaka.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pelanduk yang dekat ditinggalkan rusa yang jauh dikejar itu pun tak dapat
Kerana mengharapkan laba
besar
yang
belum
tentu dapat maka
kecil
ditinggalkan akhirnya kedua-dua
hilang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Janji sampai sukatan penuh (bilangan genap)
Meninggal
dunia;
Telah sampai
ajal.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ditanam tebu di telinga berkembangan bunga raya di muka
Seorang
yang
naik marah
berseri mukanya
atau
gembira
kerana mendengar
orang
memuji kepadanya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di beri (di) bahu hendak ke kepala
Diturutkan
sekali
sahaja
kemahuannya ia terus
meminta
lagi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sia-sia menantikan ara tak bergetah
Mengharapkan
sesuatu
yang
mustahil
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Melayang burung dipipiskan lada
Sesuatu
yang dihajati
belum
tentu dapat tetapi rancangan untuk menggunakannya telah dibuat; Harapan kosong.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti mengasah belakang parang bilakah tajamnya
Susah
hendak
menyuruh
orang
yang malas
bekerja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lalang yang ditanam takkan padi yang tumbuh
Jika
membuat
kerja yang sia-sia
itu
tentulah
tidak
mendatangkan
faedah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
18
19
20
21
22
[23]
24
25
26
27
[c] 2021 Petak Ajaib PLT