Bahasa Rakyat
Add
Jika hendak melempar anjing tidak kurang batu dijalan
Jika
hendak
memburukkan
atau
memfitnahi
orang
ada
sahaja
jalannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dacing berpaling tangan lidah berpaling hati
Tidak
sama
antara
cakap
dengan niat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan bersandar di batang renggas
Berlindung dengan
orang
jahat
akhirnya kita akan
mendapat
musuh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak mengenang (diingat) pasang surut
Orang
yang
tidak
mengingatkan
kesusahan
di
hari kemudian.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Naik tak bertangga turun tak berpintu
Melakukan
sesuatu
yang
salah
dan
tidak
mengikut
peraturan;
Orang
memanjat rumah
orang
kerana
hendak
berbuat jahat
dengan perempuan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Iba ada (akan) kacang sebuah; tak jadi memengat
Kerana
hiba
yang sedikit
tidak
jadi
mengerjakan
apa
patut.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Guru makan berdiri; murid kencing berlari
Murid selalu
mencontohi
perbuatan
guru;
terutama yang buruk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bergalah ke hilir tertawa buaya bersuluh di bulan terang tertawa harimau
Perbuatan
bodoh
ditertawakan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai durian dengan mentimun
Orang
yang berkuasa mudah
mengalahkan
lemah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada mengingat awal dan akhir
Tidak
peduli
hari kemudian.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
15
16
17
18
19
[20]
21
22
23
24
[c] 2021 Petak Ajaib PLT