Bahasa Rakyat
Add
Pipit pekak makan berhujan
Orang
yang berani lagi
degil;
sangat rajin
dalam
sesuatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Melepaskan anjing tersepit di celah pagar
Menolong
orang
yang
tidak
tahu
membalas budi
malahan
kadang-kadang dibalasnya dengan
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pawang memecahkan timba
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sealak-alak beras akan penyaram
Anggaran belanja
yang cukup-cukp
benar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Celaka malang berayam; padi masak makan kehutan
Kerja
bersusah
payah
bila
mendapat
faedah
ditinggalkan
sebab
sesuatu
kemalangan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gar-gar kata gelegar; rasuk juga yang menahannya.
Kita
tidak
boleh
mengikut
orang
yang suka
memboroskan
wang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Otak telur bukan otak minyak
Orang
yang sangat
bodoh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dipujuk ia menangis ditendang ia tertawa
Seorang
baru
bekerja
dengan
baik
dan sempurna sesudah ia dimarahi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kepapaan itu mencerdikkan si bodoh dan kekayaan itu membodohkan tuannya
Kerana
susah
terpaksa
berfikir
bila
terlampau
kaya
boleh
membuat
kerja bodoh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pelabur habis ikan tak dapat
perbelanjaan
yang
banyak
dikeluarkan tetapi tiada
hasil
[
Malay Civilization
]
peribahasa
12
13
14
15
16
[17]
18
19
20
21
[c] 2021 Petak Ajaib PLT