Bahasa Rakyat
Add
Hendak meluruskan ekor anjing
Terlalu
susah
hendak
mengubah
tabiat
orang. ;
Orang
yang
jahat
itu
walau
bagaimana
pun diajar
berbuat baik
dia
tidak
akan
menjadi
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Merajukkan air di ruang (hendak karam ditimba juga)
Marah
orang
yang kita kasihi
dalam
pekerjaan
sendiri marah
tidak
sampai
apabila
ia
kesusahan
di
tolong
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takutkan mayat terpeluk bangkai
Takut
rugi
atau
susah
sedikit jadi
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa menghujankan garamnya?
Tidak
ada
orang
yang
mendedahkan
keburukan
kaum keluarganya
hingga
membawa
binasa
nama
baiknya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pukatku (ku)(ter)labuh ikan tak dapat
Kepayahan yang sia-sia
dalam
sesuatu
pekerjaan
belum
diketahui
untung
ruginya telah dikerjakan; Peri
kemalangan
orang
tiada beruntung.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai semut manghimpunkan lemukut
Sangat rajin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nan digalikan dalam nan digantungkan tinggi
Sesuatu
hal yang dirundingkan
masak-masak
dan sudah semua pakati bersama-sama.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama kecil merentap tiada memutuskan tali berantuk tiada melembangkan bumi
Orang
yang menunjukkan
kemarahan
tetapi
tidak
ada
siapa
mengendahkan
dan
memberi bekas
kepada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harapkan kuning kuah kambeh cangkuk terubuk ditinggalkan
Mengharapkan
untung besar
yang
belum
tentu
ada
dibuang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harapkan si untung menggamit kain di badan didedahkan
Orang
yang
tidak
mahu
berusaha
tetapi mengharapkan
kesenangan
sampai kepada dirinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
9
10
11
12
13
[14]
15
16
17
18
[c] 2021 Petak Ajaib PLT