Bahasa Rakyat
Add
Nan lumpuh penunggu rumah nan pokok pelepas bedil yang bisu penggera ayam
Betapapun
bodoh
atau
bebal
daifnya pada
suatu
waktu
ada
juga
pertolongannya gunanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hina lata (dina papa)
Orang
yang rendah
martabat
dan
miskin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama kayu lempung; belum ditolak sendiri condong
Orang
bodoh
dan
penakut
serta lemah
itu
diugut
digertak
orang
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ular berlingkar digulungan tikar
Orang
yang
jahat
itu
pandai
benar
menyamar diri
dalam
perhimpunan
orang-orang
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Luruh kain pergam kain suruh putih hitam datang
Lain
yang dihajat
lain
datang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air keruh limbat keluar
Mencari keuntungan
bila
orang
lain
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Santan masuk ke pasu hampasnya tumpah ke tanah
Orang
yang telah melupakan budi
orang
lain. ;
Setelah
mendapat
apa
dikehendaki
tidak
dipedulikan lagi
berbudi
kepadanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Payung mahkota
Raja yang memerintah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Patah selera
Patah nafsu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti burung dalam sangkar; mata lepas badan terkurung
Orang dalam
jagaan
orang
lain
sungguhpun
dipelihara dengan
baik
tetapi merasa
susah
dan
tidak
bebas.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
10
11
12
13
14
[15]
16
17
18
19
[c] 2021 Petak Ajaib PLT