Bahasa Rakyat
Add
Bagai padi hendak ke dedak
Menolak
apa
yang
baik
dan suka kepada
perkara
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada sirih hendak makan sepah
Ada
yang
baik
tetapi pilih buruk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah hendak berak besar; kita pun hendak berak besar juga
Hendak
meniru-niru
gaya
orang
yang
besar
atau
kaya;
akhirnya diri sendiri binasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa yang makan cabai dialah yang merasa sakit
Siapa yang
salah
dialah merasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak mara bedil bertinak hendak undur gelar telah besar
Keadaan yang
serba salah
pada
orang
miskin
diberikan pangkat
hendak
memelihara pangkatnya
tidak
cukup
wang jika mengikut taraf berasa malu
sebab
telah tinggi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak sombong berbini banyak hendak megah lawan lebih
Orang
yang
hendak
memperlihatkan ketinggian diri
atau
kecongakan kepada
orang ramai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cakap di bibir sahaja
Tidak
boleh
dipegang ;
Bohong
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika hendak sombong berbini banyak jika hendak megah berlawan lebih
Orang
yang berlaku
sombong
dan
megah
supaya dia dapat mengalami akibat megahnya
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang berpindah-pindahan bertanam tidak boleh dimakan orang bini-binian beranak tidak boleh disuruh
Selalu
bertukar
kerja rugi
sahaja
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai api makan dalam dedak
Hal
orang
yang menyembunyikan perasaan dan niatnya
daripada
diketahui
oleh
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
[1]
2
3
4
5
[c] 2021 Petak Ajaib PLT