Bahasa Rakyat
Add
Pasangan jerat sembilan mata pelanduk terjerat terkial-kial mata satu sebelah pisau penyudahnya
Bersama-sama
membuat
kerja
susah
yang
dapat nama
seorang
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pasangan sudah terletak di atas kodok
Terpaksa
lakukan
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kuat berdiri pohon kerana akarnya kuar akar kerana tanah
Kekuatan
sebuah
kerajaan kerana
orang
besar-besarnya kekuatan besar-besar pula rakyat yang bersatu padu; Bersekutu
itu
kuat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai anjing tersepit pagar
Perempuan yang
tidak
pandai menyimpan diri dan suaranya
atau
malu;
Orang
becok
mulutnya;
Seseorang
berada
dalam
kesusahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau kucing keluar tanduk barulah ayam (boleh) bersusu
Mustahil;
Satu
perkara
yang tak
mungkin
terjadi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Agung susut pongah masih
Orang
yang telah
kehilangan
kuasa tetapi masih
bersikap
angkuh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke bukit berguling air ke lurah beranak sungai
Menunjukkan batas
sebuah
negeri
dengan
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tersingit-singit bagai patung di bawah kayu rebah
Pengejek
orang
yang
sombong
dan
tinggi hati
tidak
elok
tetapi dikatakan dengan
berpura-pura.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Selemau-lemau puntung di dapur ditiup bernyala juga
Semua
pekerjaan
akan
berjaya
jika diusahakan dengan rajin dan tabah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mutiara terkalung ke leher babi
Orang
yang mulia
telah
menjadi
hina;
Tidak
tahu menilai
barang
berharga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
4
5
6
7
8
[9]
10
11
12
13
[c] 2021 Petak Ajaib PLT