Bahasa Rakyat
Add
Terkilat ikan di dalam air sudah tahu jantan betinanya
Orang
yang pandai menangkap maksud
perkataan
seseorang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tatkala lagi rebung tiada dipatah ketika sudah jadi aur apa gunanya lagi
Tabiat manusia
itu
hendaklah dilatih selagi dia
kecil
apabila
ia telah
besar
keraslah hatinya
tidak
dapat diajar lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kunyah dahulu maka telan
Fikir
dahulu
baru
buat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dapat harta karun (timbul)
Dapat
harta
dengan
tidak
disangka-sangka
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mulut tempayan boleh ditutup (mulut manusia bagaimana menutupnya)
Manusia payah menyimpan rahsia yang sudah
bocor.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mati dikakai
Suka bersetuju.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hidup dikandung adat mati dikandung tanah
Semasa
hidup
kita hendaklah mengikut
peraturan
atau
kebiasaan
dan
setelah
mati
segala-galanya
diserah kepada Tuhan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama pucuk dan umbut tiada lauk baharu dibaham
Sesuatu
yang
tidak berharga
itu
apabila
tiada
lain
barulah diambil
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nampak kulit tahulah isi
Orang
yang bersalah
itu
dikenal pada rupa mukanya
atau
gerak-gerinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Putus kata dimulanya (putus gayung dibelebas)
Keputusan
sesuatu
bergantung
kepada asalnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
4
5
6
7
8
[9]
10
11
12
13
[c] 2021 Petak Ajaib PLT