Bahasa Rakyat
Add
Panas setahun dihapuskan (oleh) hujan sehari
Kebaikan
yang
banyak
boleh
hilang
kerana kesalahan sedikit
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Setajam-tajam pedang tumpul dijilat lidah
Peperangan
dapat dicegah
atau
diberhentikan
melalui
perundingan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Setajam-tajam tombak lebih tajam lagi lidah manusia
Kata-kata sangat kuat kesannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telah kesingok makan api
Perselisihan yang sangat
mendalam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sinar ikan dalam air sudah tahu jantan betinanya
Orang
yang pandai menangkap maksud
perkataan
seseorang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tunggul kayu (pun kalau) ditarah pelicin (dia) elok juga jangankan manusia
Perempuan yang buruk akan cantik
juga
kelihatannya
bila
dihiasi dan diberi pakaian elok-elok.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai getah dibawa ke semak
Makin
kusut.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi teguh apakah ditakutkan ribut
Kalau
sudah
cukup
persediaan segala
cabaran
dapat dihadapi; Walaubagaimana
sekali
pun
ugutan
orang
yang
banyak
mendapat
pertolongan
itu
tidak
akan
takut.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Awal dibuat akhir diingat
Fikir
masak-masak
sebelum
melakukan
sesuatu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dia sudah tegak di batas
Dia sudah
menjadi
penyamun
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
[5]
6
7
8
9
[c] 2021 Petak Ajaib PLT