Bahasa Rakyat
Add
Nak terbang tidak bersayap nak hinggap tidak berkaki
Tidak berdaya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai ilak bercerai dengan benang
Berpisah
buat
selama-lamanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kecek berlauk-lauk makan (dengan) sambal lada
Orang
yang selalu menunjukkan
riak
dan
sombong
dengan
ilmu
atau
kekayaan
tetapi
sebenarnya
bodoh
hina.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telah mati yang bergading
Sudah
pulang
orang
yang diharap-harapkan
atau
dihormati
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak ada lalat langau
Tiada
seorang
pun.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama buah kepayang di makan mabuk dibuang sayang
Keadaan yang
serba salah;
Perempuan cantik berperangai
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Imam kahtib lagi berdosa; bertambah pula kita yang jahil
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kena kecipak orang berbelut
Orang
yang
terbelit
dalam
kesusahan
orang
lain
padahal
dia
tidak
berdosa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak bujang setahun sudah bertetak; bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak
Orang
yang
hina
mendapat
kekayaan
dan kemulian
menjadi
sombong
angkuh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sayang buah kepayang; dimakan mabuk dibuang sayang
Serba salah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
3
4
5
6
7
[8]
9
10
11
12
[c] 2021 Petak Ajaib PLT