Bahasa Rakyat
Add
Suka tidak boleh dianjak malu tidak boleh diagih
Hidup
rukun kerana
seia
sekata
sehina semalu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Malang tidak boleh ditolak mujur tidak boleh diraih
Nasib buruk
tidak
dapat ditolak
begitu
juga
nasib baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana semut mati kalau tidak dalam gula?
Marah
atau
mudah
hilang
kemarahan
kerana kata-kata yang manis;
Mendapat
bencana
termakan
pujukan
sesuatu
menyenangkan sehingga
menyukakan
untuk memperolehi
keinginan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mana busuk yang tidak berbau
Orang
yang melanggar
hukuman
tetap akan bersalah;
Kejahatan
atau
kesalahan akhirnya diketahui
orang
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Katak puru itu tidak akan licin jika sentiasa berhujan sekalipun
Orang
yang
hodoh
jika diberikan
perhiasan
mahal
dan cantik
sekalipun
tidak
akan kelihatan cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dibakar tidak hangus dijemur tidak kering direndam tidak basah ditetak tidak putus
Orang
yang
degil;
Tidak
mengubah
kata-kata telah dituturkan; Tiada dapat dipengapakan
seseorang
keras
atau
terlebih berkuasa
daripada
kita
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bingung tidak dapat diajar cerdik tidak dapat diikut
Orang
yang
bodoh
tidak
tahu dirinya
orang
cerdik
hanya
mengikut kata sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau ada beremas hidup; tiada beremas mati
Kalau
ada
pencarian
tetap tidaklah akan
susah
kehidupan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak ada kusut yang tak selesai tak ada keruh yang tak jernih
Orang
yang berselisih hendaklah diperdamaikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicicap (cicah)
Menyatakan
kerukunan. ;
Sanggup
sama-sama
menanggung
susah
senang. ;
Menunjukkan
perbuatan
yang dilakukan secara
bermuafakat
tidak kira
sama
ada
itu
besar
atau
kecil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
3
4
5
6
7
[8]
9
10
11
12
[c] 2021 Petak Ajaib PLT