Bahasa Rakyat
Add
Lemak manis pada dialah pahit maung pada orang
Suka dipuji tetapi
tidak
suka dikritik;
Orang
yang
menganggap
semua
baik
itu
kepunyaan
dia dan
salah
orang
membuatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai siamang kurang kayu
Susah hati
kerana tiada
apa
yang biasa
dipakai
sehari-hari
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Salah cotok berkudung paruh salah telah belah perut
Kesalahan
harus
dihukum mengikut kadarnya
atau
menurut
adat yang telah ditetapkan. ;
Hukum
bunuh
untuk
membunuh;
melukai
wajib
didenda.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai langau di ekor gajah
Orang
yang
menurut
sahaja
kemahuan
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau masih rebung mudah dipatahkan kalau telah etung tak berpatah lagi
Mendidik
anak
biar
sejak
kecil
bila
sudah
dewasa
tidak
dapat diubah lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai anak nangoi
Sangat ramai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dulu bajak daripada jawi
Membuat
kerja
tidak
ikut
peraturan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti ditempuh gajah lalu
Perbuatan
jahat
yang dilakukan
tidak
dapat disembunyikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai anak beranak muda
Perihal
orang
yang sangat bengis dan garang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada berorang di air (rumah)
Perempuan yang
belum
pernah
bersuami
tetapi tiada gadis lagi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
5
[6]
7
8
9
10
[c] 2021 Petak Ajaib PLT