Bahasa Rakyat
Add
Rezeki helang (elang) tidak untuk (tak akan dapat oleh) (tak akan dapat dimakan oleh) musang (tikus atau burung pipit)
Keuntungan yang telah ditakdirkan untuk
seseorang
tidak
akan lepas kepada
orang
lain;
Rezeki
jangan
direbutkan
oleh
lain
usahalah sendiri sampai dapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ternak berkembang biak padi menjadi
Menyatakan
tentang
kemakmuran
negeri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai meludah ke langit muka juga yang basah
Melawan
orang
yang
tidak
akan melawan; lebih berkuasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah dapat gubah dikarang bunga di kedai dicampak buang
Setelah
mendapat
sahabat
baru lebih
elok
lama dibuang. ;
barang
yang
baik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Disambut dengan penyapu tidak bersimpai
Orang
hina
yang dibenci
oleh
orang ramai
apabila
pergi
ke
tempat
perhimpunan
berbangsa
ia dihinakan dan dihalau dari situ
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti batang manau seribu kali empat haram tidak patah
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan bagai orang patah selera banyak makan
Pura-pura
tidak
mahu
tetapi
dalam hati
sangat suka.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau kerbau sekawan dapat dikawal manusia seorang tiada dapat maklumi
Sukarnya menjaga
seorang
anak gadis
supaya
tidak
tercemar
nama baik
keluarga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berbuat di alang tahun berlayar di luar musim
Mengerjakan
sesuatu
tidak
ikut
masa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak mengetahui hulu ke hilirnya
Tidak
tahu
hujung pangkal
sesuatu
perkara.
;
Keliru.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
44
45
46
47
48
[49]
50
51
52
53
[c] 2021 Petak Ajaib PLT