Bahasa Rakyat
Add
Angin tak dapat ditangkap asap tak dapat digenggam
Berita
yang
ganjil
tidak
dapat disembunyikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan cempedak berbau nangka
Janganlah
segera
percaya
atau
tersalah sangka mendengar percakapan
orang
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kepala tersangkut dengan kulit babi
Orang
yang
mendapat malu
besar
segan
hendak
melihat muka
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai mengadu tuntung jarum
Sesuatu
pekerjaan
yang lekas binasa
tidak
tentu ketetapannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seligi tajam bertimbal( tak hujung pangkal mengena)
Percakapan yang membidas
sesuatu
cadangan
atau
hal dikupas dari
segenap
segi sehingga pihak
sebelah
mengaku kalah.
;
Orang
memegang dua
perkara
yan bertentangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai tulang di dalam rongkongan
Sesuatu
kemuskilan
atau
fikiran
yang terbuku
dalam hati
seseorang
tidak
dapat keputusannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Barang tergenggam jatuh terlepas
Apa-apa
yang
ada
di tangan
hilang
begitu
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pelepah bawah luruh pelepah atas jangan gelak
Orang muda
jangan
sangka
orang tua
sahaja
yang mati maut
tidak
memandang umur.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Silang selisih (sengketa)
Bermacam-macam
perselisihan. ;
Pertengkaran.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ko bertali tempat menghela ko berjumbai tenpat bergantung ko bertungku tenpat bersetingkis
Kalau
sesuatu
yang
boleh
digunakan untuk
membuat
keterangan
dalam
pertuduhan
atau
pendakwaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
44
45
46
47
48
[49]
50
51
52
53
[c] 2021 Petak Ajaib PLT