Bahasa Rakyat
Add
Bagai duri di dalam daging
Hal yang selalu
tidak
menyenangkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti gading dilarik
Wajah yang cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti di palu ombak
Hidup
terumang-ambing.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Padang tandus
Gurun.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nyiur yang diparut aitu diperah santannya dan hampasnya dibuang
Jika kita mendengar kata-kata
orang
hendaklah menimbangkannya
baik-baik
kerana yang
baik
itu
dapat diambil dan buruk dibuang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagaimana bunga tak akan layu embun menitik di tempat lain
Bagaimana
gadis
tidak
sedih
kekasih
menyintai perempuan
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana kasihkan seceper terbuang bunga se kaki
Sebab
kasihankan yang ramai
tidak
terpelihara
seorang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti anai-anai bubus
Menunjukkan ramainya manusia
dalam
sesuatu
perhimpunan
terutama
sekali
apabila
bersurai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti anjing lapar mendapat tulang daging segumpal dan sekeping apam
Orang
yang melakukan kebajikan
hanya
kerana mengharapkan keuntungan
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai pucuk ru ke mana ditiup angin ke situlah melentur
Dua
benda
yang sama asalnya tetapi
satu
lebih digemari kerana kelebihannya;.
Orang
tidak
tetap pendiriannya
Cuma
mengikut
orang ramai
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
42
43
44
45
46
[47]
48
49
50
51
[c] 2021 Petak Ajaib PLT