Bahasa Rakyat
Add
Seekor ayam tak berkokok hari tak siangkah?
Hanya
seorang
yang
tidak
bersetuju dengan
sesuatu
permuafakatan
masakan
itu
akan
menjadi
batal.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah diludah (dimuntah) dijilat balik
Orang
yang mengeluarkan
perkataan
buruk tentang
sesuatu
tetapi telah membuatnya
sendiri. ;
menceraikan
isteri
kemudian
dipujuk kembali.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Diam ubi lagi kental diam besi lagi suntal
Diam
orang
yang
berakal
itu
dalam
berfikir
dan diam
bodoh
sia-sia
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Makan korinci
Kedekut siapa
makan
bayar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai sayang kaki pada terompah
Digunakan
bila
diperlukan
sahaja;
Kasih-sayang yang
boleh
ditinggal-tinggalkan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tunggul kayu kalau ditarah pelicin diikut juga jangankan manusia
Pengajaran
yang sempurna
itu
dapat
juga
membaiki
orang
lambat laun.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dian sebatang dinyalakan hujung pangkalnya teraba-raba sudahnya
Orang
yang
boros
dan membazir
itu
segera
akan
menjadi
papa
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai keluang bebar petang
Keluar beramai-ramai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai emak mandul baharu beranak
Orang
yang terlalu
gembira.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telah bertelanjang (bulat)
Orang
yang
berjudi
sehingga pakaiannya
tergadai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
41
42
43
44
45
[46]
47
48
49
50
[c] 2021 Petak Ajaib PLT