Bahasa Rakyat
Add
Terlangsung perahu boleh balik terlangsung cakap tak boleh balik (dialih)
Mulut yang
panas
kerap
menjadikan
diri
celaka
atau
pun
orang
mulut lepas celupar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Habis minyak se pasu ekor anjing tiada akan lurus
Orang
yang
memang
jahat
berapapun diajar akan
membuat
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mata belalang belum pecah sudah hendak membuta
Orang
yang sangat lekas
mahu
tidur
setelah
hari
malam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Itik berenang di air kehausan; ayam di kepuk padi kelaparan
1.
Orang
yang
bersuamikan
atau
beristerikan
orang
kaya
tetapi
melarat
hidupnya. 2.
susah
di
negeri
kaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tali terentang tidak putus sangkutan tergantung tidak rekah
Pertalian
keluarga yang
tidak
akan putus.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kekayaan kamu yang tidak menyenangkan kamu itu sepertilah ia rumah besar yang tiada beratap
Kaya
belum
tentu
bahagia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada pun anjing itu jikalau dipukul sekalipun berulang juga ia kepada tempat yang banyak tulang itu.
Orang
yang
jahat
walaupun dihukum akan terus melakukan
kejahatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai katak ditimpa kemarau
Keluh kesah
dengan
tidak
keruan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mana tali yang tidak berhujung
Yang
hidup
pasti
mati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Masuk bagai lubang penjahit keluar bagai liang tabuh
Belanja lebih
besar
daripada
pendapatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
41
42
43
44
45
[46]
47
48
49
50
[c] 2021 Petak Ajaib PLT