Bahasa Rakyat
Add
Pada tatkala rebung tiada dipatah maka ketika sudah jadi aur apakah gunanya
Tabiat manusia
itu
hendaklah dilatih selagi dia
kecil
apabila
ia telah
besar
keraslah hatinya
tidak
dapat diajar lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hanyut dipintasi lulus diselami hilang dicari
Menolong
orang dalam
kesusahan.
;
Sesuatu
hal yang
tersembunyi
diselidiki dan diperiksa dengan
cermat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harapkan anak buat mata sebelah harapkan teman buta kedua-duanya
Setiap
pekerjaan
harus
dikerjakan
atau
diawasi tanpa mengharapkan
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti gadis sudah berlaki
Anak dara
yang
tidak
tahu malu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Waktu habis oleh azan saja
Waktu
yang sebenarnya
dihabis untuk pesiapan
sahaja
sedangkan kerja
sebenarnya
belum
lagi dimulai
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah seasam segaramnya
Pekerjaan
tidak
ada
celanya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Keuntungan sepanjang jalan; malang sekejap mata
Malang
datang
tak disangka-sangka.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Janda belum berlaki
Gadis yang terpedaya dan
setelah
itu
ditinggalkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Usap dada
Menahan perasaan
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah ke tengah makan api
Sudah meresap dan
berbahaya
benar;
Seumpama
perkataan
seseorang
yang
menyakitkan
hati
orang
lain
telah
mendalam
[
Malay Civilization
]
peribahasa
39
40
41
42
43
[44]
45
46
47
48
[c] 2021 Petak Ajaib PLT