Bahasa Rakyat
Add
Senteng dibilai singkat diulas
Perbahasan
orang
yang
berpidato
kepada majlis:
harap
tambah jika
ada
lupa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apakah gunanya memasang dian di tengah hari jika malam alangkah baiknya
Tidak
berguna
menerangkan
perkara
yang telah diketahui lebih
baik
belum
diketahui.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ibarat dakwat dengan kertas; bila boleh renggang terlepas
Peri dampingan dua
orang
yang
berkasih-kasihan
terutama
suami
isteri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bercerai hidup umpat-umpatan bercerai mati puji-pujian
Suami
isteri bercerai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti penjaja (penjajap) berpaling hendak hilir
Perempuan yang keluar dari rumah dan
berjalan
dengan lakunya
hebat
tampan pada pemandangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pandai mengambil otak di dalam kepala tidak mengetahui oleh tuan tubuhnya
Bijaksana
serta pandai
bercakap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kena-kena seperti santan bergula tak kena-kena bagai antan pukul kepala
Sesuatu
perbuatan
atau
perkataan
yang bersalahan dari
apa
difahami jadi
melarat;
jika bersetuju dengannya kebajikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kena-kena seperti santan bergula tak kena-kena bagai antan pukul kepala
Kalau
betul
jadi
baik
kalau
salah
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana pahat dengan penukul
Membuat
kerja
apabila
disuruh
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telur mengata lepang (timun) tak pandai duduk
Orang
yang
mengata
orang
lain
itu
bodoh
tetapi dia sendiri
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
38
39
40
41
42
[43]
44
45
46
47
[c] 2021 Petak Ajaib PLT