Bahasa Rakyat
Add
Kerja orang muda bergegas kerja orang tua berjujai
Orang muda
selalunya
cepat
cekap
dan tergesa-gesa;
orang tua
bekerja
lambat-lambat
tidak
begitu
kemas tetapi
usul periksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan cempedak berbau nangka
Janganlah
segera
percaya
atau
tersalah sangka mendengar percakapan
orang
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nak menangkuk ikan tertangguk batang
Hendak
untung
tetapi rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa yang menjala siapa terjun
Siapa yang
ingin
dialah mesti
berusaha.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dengar cakap helang makan buah beluluk dengar cakap orang terjun masuk lubuk
Mendengar
cakap
orang
yang
tidak
bertanggungjawab kita
juga
binasa;
Sesuatu
pekerjaan
kalau
difikirkan sendiri dengan
betul
dan
hanya
mendengar buruk
akibatnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cebuk dengan tempayan
Anak
yang
menghabiskan harta
ibu bapa
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai bajak wangkang makan berangkat
Orang
yang suka dipuji.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan lalu setapak jangan surutkan
Tetap pendiriannya
tidak
berkocak
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau si tua (harimau) menunjukkan belangnya tentu kambing bertanggungan
Pertandingan
yang
tidak
sebanding;
Orang
kuat melawan
orang
lemah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telah habis tenggang dengan kelakar
Sudah
habis
semua
ikhtiar
tapi
tidak
berhasil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
38
39
40
41
42
[43]
44
45
46
47
[c] 2021 Petak Ajaib PLT