Bahasa Rakyat
Add
Rumah mana yang tidak bersampah
Mana manusia
atau
kaum mana yang
tidak
melakukan kesalahan silap menanggong
kecelakaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah tujuh duduk menjanda sembilan beranak tiri tercecah uban digigi
Ejekan
kepada
orang
yang terlalu tua tetapi mau beristeri
atau
bersuami
lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Putus benang boleh diikat; patah arang sudah sekali
Ada
perselisihan dapat didamaikan
ada
pula
sebaliknya;
Bercerai isteri diganti bercerai
atau
mati
seorang
kaum keluarga
tidak
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana kutu (nak) makan kalau tidak di kepala?
Anak
meminta
daripada
bapa;
Yang
miskin
yang
kaya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rumah tidak berdapur
Penjara
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada beras taruh dalam padi (ada ingat taruh dalam hati)
Kalau
kita mengetahui rahsia
seseorang
hendaklah
diamkan
sahaja
jangan
sampai kecewa
hati
orang
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Arang itu jika dibasuh dengan air mawar tidak akan putih
Orang
jahat
tetap walaupun telah dinasihati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa yang kena cubit itulah yang merasa sakit
Siapa yang bersalah dialah
menanggung
sakit dan
susah
kerana kesalahannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak usah itik diajar berenang
Mengajar
orang
yang lebih pandai
daripada
kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada pun anjing itu jikalau dipukul sekalipun berulang juga ia kepada tempat yang banyak tulang itu.
Orang
yang
jahat
walaupun dihukum akan terus melakukan
kejahatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
38
39
40
41
42
[43]
44
45
46
47
[c] 2021 Petak Ajaib PLT