Bahasa Rakyat

perbuatan (usaha dsb) menyempurnakan (menyelesaikan, melengkapkan, menunaikan, dll) sesuatu: ejaan Suwandi merupakan penyederhanaan dan ~ terhadap Van Ophuysen yg berlaku sejak tahun 1901; seniman mencipta suatu situasi berhubungan dgn masa depan segala-galanya memperlihatkan ~ kpd keinginannya; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Kegembiraan yang dikecapi adalah atas penyempurnaan dalam melaksanakan syariat Allah S.W.T iaitu berpuasa selama sebulan. [harakahdaily.net]
Katanya pada masa ini beberapa aspek tenikal sedang dikaji bagi menjamin integriti dan ketelusan pengagihan dana. [www.bernama.com]
Ia juga mengumumkan ratusan pemberhentian pekerja awal Mei. [bit.ly]
perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; adakalanya sesebuah sesi adalah memberhentikan sahaja proses kaunseling; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Saya yakin KFA mampu menyelesaikan segala proses penamatan kontrak ini dengan sempurna. [www.bharian.com.my]
perihal mengakhiri atau mengakhirkan, penyudahan: ~ mesyuarat; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Umat Islam ketika ini sedang meraikan Aidilfitri sebagai menyambut pengakhiran bulan Ramadan. [bit.ly]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT