Bahasa Rakyat

perbuatan (usaha dsb) menyempurnakan (menyelesaikan, melengkapkan, menunaikan, dll) sesuatu: ejaan Suwandi merupakan penyederhanaan dan ~ terhadap Van Ophuysen yg berlaku sejak tahun 1901; seniman mencipta suatu situasi berhubungan dgn masa depan segala-galanya memperlihatkan ~ kpd keinginannya; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Kegembiraan yang dikecapi adalah atas penyempurnaan dalam melaksanakan syariat Allah S.W.T iaitu berpuasa selama sebulan. [harakahdaily.net]
perbuatan (usaha dsb) mengemaskinikan: buku-buku tatabahasa yg ada itu berdasarkan bahasa Melayu dulu, jadi suatu usaha ~ perlu dilakukan. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
hal mengistilahkan, pembentukan istilah: sains fizik dan matematik mempunyai satu klasifikasi yg tersusun, ~ seragam. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
penghasilan karya, penciptaan (sesuatu karya): ASAS 50 agak kurang cergas kegiatannya terutamanya dlm soal ~; kreativiti para penulis itu utk menyempitkan ruang ~ amat penting bagi mewujudkan kesedaran; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
perihal (usaha, perbuatan, dsb) mengolah: Belanda memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit; kejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya ~nya yg segar; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Menurutnya, dia membuat sendiri muzik dengan pengolahan baharu itu secara harmoni bersama ahli keluarga lain. [www.hmetro.com.my]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT