Bahasa Rakyat
Add
Emas berpeti; kerbau berkandang
Harta benda
perlu
dijaga
baik
mengikut keadaannya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berani senduk pengedang air hangat direnangi
1.
Berani buta tuli.
2. Sudah tahu kerja
itu
merbahaya
tetapi dikerjakan
juga
akhirnya
mendapat
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lambat laga asalkan menang
Biar lambat
mengerjakan
sesuatu
asalkan maksud sampai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ambil berat
Mengambil tahu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lengan hasta
Ruas siku.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cepat tangan terjembakan; cepat kaki terlangkahkan; cepat mulut terkatakan
Jika kita
tidak
berfikir
dan menimbang
sesuatu
perkara
kemungkinan
akan
mendapat
susah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Aku alah engkau tak menang
Orang
bodoh
yang
tidak
mengakui
kekalahannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pecah tempayan pekasam; muka berconteng arang
Mendapat malu
besar
kerana
kejahatan
yang dilakukannya telah diketahui
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa lama tahan menang
Kalau
tekun rajin dan
tidak
terburu
kerja berat
pun akan selesai
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Barang digenggam jatuh terlepas
Barang
yang
menjadi
miliknya terlepas
ke
tangan
orang
lain;
Seorang
telah
kena
kemalangan
kemudian
harta
bendanya
milik
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
36
37
38
39
40
[41]
42
43
44
45
[c] 2021 Petak Ajaib PLT