Bahasa Rakyat
Add
Laksana lemak-lemak santan berlada
Perkataan-perkataan yang manis dan
lemah lembut
tetapi mengandungi
sindiran
tajam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hujan berpohon panas berasal
Setiap
kejadian
mesti
ada
puncanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mana ada buluh yang tidak berbuku
Tidak
ada
yang
tidak
sempurna.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dihimpit tidak bersanggit ditambat tidak bertali
Orang
yang
hidup
berbuat jahat
dan
tidak
tahu hukun agama;
Bersekedudukan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mulut tabuh dapat disumbat mulut orang bagaimana menyumbatnya
Jika
suatu
rahsia diketahui
orang
nescaya
akan
tersiar
khabarnya
kerana mulut
tidak
dapat ditutup.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tatkala lagi rebung tiada dipatah ketika sudah jadi aur apa gunanya lagi
Tabiat manusia
itu
hendaklah dilatih selagi dia
kecil
apabila
ia telah
besar
keraslah hatinya
tidak
dapat diajar lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mulut buyung dapat dipendam; mulut manusia siapa dapat menutupnya
Perkara
sulit
tidak
dapat kita menahan
orang
dari memperkatakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak hilang bisa ular menyusur akar
Tidak
jatuh
martabat
orang
yang mulia
jika merendahkan diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pukat sudah terijuk
Keuntungan yang
hampir
diperolehi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada pun buah peria itu kalau ditanam di atas batas sukar dan dibaja dengan madu lagi disiram dengan manisan serta diletakkan di atas tebu sekali pun apabila masak pahit juga
Kalau
memang
tabiat
jahat
tidak
akan
menjadi
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
35
36
37
38
39
[40]
41
42
43
44
[c] 2021 Petak Ajaib PLT