Bahasa Rakyat
Add
Ada pun ikan yang diam tujuh lautan sekalipun termasuk juga ke dalam pukat
Walau
bagaimana
kuat dan pandai
orang
itu
ada
masanya terpedaya
atau
terkena
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Moncongnya tiada beraweh
Bercakap
ikut suka
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pilih-pilih ruas terpilih yang buruk
Terlalu memilih dapat yang dibenci.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kain basahan sehelai timah sesuku; kalau tak ada pun tak menjadi keberatan
Benda
yang
susah
mendapatnya
itu
tidaklah dihargai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apa gunanya kemenyan sebesar tungku kalau tidak di bakar
Kalau
ada
kepandaian
hendaklah diajar kepada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Masuk bagai lubang penjahit keluar bagai liang tabuh
Belanja lebih
besar
daripada
pendapatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sir bagai berpuntung siuluh
Kalau
menuduh hendaklah
ada bukti.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lagi kecil tidak mahu diubat sudah terbebang baru mahu diubat
Masalah yang
datang
harus
diselesaikan
segera
jangan
dibiarkan nanti
melarat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hangus tiada berapi karam tiada berair
Kesusahan
orang
yang
kena
kematian
tidak
ada
wang untuk menyempurnakan
si
mati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pengayuh sudah di tangan perahu sudah di air
1.
Tidak
usah
takut
berlawan kerana sama-sama mempunyai
kekuatan. 2.
Sudah sedia segala keperluan untuk
sesuatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
32
33
34
35
36
[37]
38
39
40
41
[c] 2021 Petak Ajaib PLT