Bahasa Rakyat
Add
Bagai sayang kaki pada terompah
Digunakan
bila
diperlukan
sahaja;
Kasih-sayang yang
boleh
ditinggal-tinggalkan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Matahari itu bolehkah ditutup dengan nyiru
Sesuatu
kebenaran
itu
tidak
dapat dilindungkan meskipun
bagaimana
diketahui
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti gadis julung bersubang bujang julung berkeris
Sombong
kerana baru
kaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Enggang lalu atap jatuh anak raja mati ditimpanya
Orang
yang
tidak
berbuat
kesalahan tetapi ketika berlaku
kejahatan
dia
kena
tuduh
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti belut (jatuh) pulang ke lumpur
Orang
yang telah
pulang
ke
tempat
asalnya
setelah
lama pergi merantau dan
tidak
akan lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berlapik seketiduran sebantal sekalang hulu
Persahabatan
yang
akrab.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terkilat ikan di dalam air sudah tahu jantan betinanya
Orang
yang pandai menangkap maksud
perkataan
seseorang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sepuluh kapal datang anjing bercawat ekor juga
Perihal rakyat yang
tidak
bertambah
kemajuan
meskipun
banyak
ilmu
pengetahuan
datang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ringan tulang berat perut
Orang
yang rajin akan
mendapat rezeki.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dian sebatang dinyalakan hujung pangkalnya teraba-raba sudahnya
Orang
yang
boros
dan membazir
itu
segera
akan
menjadi
papa
[
Malay Civilization
]
peribahasa
29
30
31
32
33
[34]
35
36
37
38
[c] 2021 Petak Ajaib PLT