Bahasa Rakyat
Add
Oleh kecek lemak hilang ribu dengan ratus
Suka berbual
banyak
rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Angin tak dapat ditangkap asap tak dapat digenggam
Berita
yang
ganjil
tidak
dapat disembunyikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti berseru di tengah padang
Seruan yang
tidak
didengar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dah sesak padang ke rimba tiada rotan akar pun berguna
Apabila
dalam
kesempitan
barang
yang selalu
dipakai
bolehlah digantikan dengan
barang-barang
hampir
dengannya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai benang dilanda ayam
Tidak
terurus.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak lang si pungguk menjadi lang (helang)
Bila
tidak
ada
orang
pandai
si
bodoh
pun berani
mengaku
pandai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Selera bagai taji tulang (lemah) bagai kanji
Orang
yang
bodoh
dan malas tetapi
makan
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak bergendang ke Sirukan perut kenyang emas boleh
Keuntungan
atau
kemurahan
yang diterima secara berlebih-lebihan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bersahabat dengan juara selilit benang bulang tahu juga
Apabila
bersahabat
dengan
orang
jahat
lama-kelamaan
kita akan
menjadi
pula
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Batu yang selalu bergolek itu todak akan dilekati lumut
1.
Orang
yang
tidak
tetap pekerjaannya akan
kaya.
2. Tabiat suka
bertukar-tukar
kerja merugikan
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
27
28
29
30
31
[32]
33
34
35
36
[c] 2021 Petak Ajaib PLT