Bahasa Rakyat
Add
Gedang sama gedang; kecil sama kecil; ke lurah sama dituruni; ke bukit sama didaki; terjun sama basah; melompat sama patah; cicir sama rugi; dapat sama laba
Orang-orang berpangkat di
tempat
masing-masing;
Kuat
persaudaraan;
walaupun
terdapat
berbagai
suku dan mempunyai
pentadbiran
yang berlainan tetapi tetap bersatu
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sabung selepas hari petang (tak dapat menuntut balas lagi)
Kalau
untung
usaha
yang
akhir
itu
berhasillah dengan
baik
kalau
tidak
apa boleh buat.
;
Untung-untungan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Panas setahun hujan sehari liput tanjung dengan pulau
Kebaikan
yang
banyak
boleh
hilang
kerana kesalahan sedikit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Anjing itu meskipun dirantai dengan rantai emas sekalipun nescaya berulang-ulang juga ke tempat najis
Orang
jahat
tidak
akan
berubah
walaupun diberi
kesenangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kuman di seberang lautan nampak gajah bertenggek di kelopak mata tidak nampak
Orang
yang suka menegur kesalahan
orang
lain
tetapi
ada
lebih
besar
daripada
itu
tidak
disedarinya;
Cela
nampak
cela
sendiri tahu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada berudang di balik batu
Tiada
motif
selindung.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak sudah seluang melaut balik ke tepi juga
ya
kerana merajuk akhirnya akan kembali
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilir malam mudik tak singgah daun nipah dikatakan daun labu
Kalau
segan
bertanya
tidak
akan
mendapat
kemajuan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bajak sudah terdorong ke bencah
Sudah terlanjur.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam hitam terbang malam hinggap di pokok pandan bergeresek ada rupa tiada
Kejahatan
yang
susah
dibuktikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
[4]
5
6
7
8
[c] 2021 Petak Ajaib PLT