Bahasa Rakyat
Add
Rotinya dimakan katanya diturut
Orang
menurut
kata-kata
orang
yang
berbudi
kepadanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah dipandang seperti kuman
Orang
yang
naik marah
tidak
gentar
menentang lawannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Arang habis besi binasa; tukang hembus penat sahaja
Pekerjaan
yang
tidak
mendatangkan
hasil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pipit pekak makan berhujan
Orang
yang berani lagi
degil;
sangat rajin
dalam
sesuatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana pencalang sarat tidak ke timur tidak ke barat
Orang
yang
berhias
dan berpakaian cantik
hanya
untuk di rumah
bukan
ke
mana-mana.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kurang arif badan celaka amat arif badan binasa
Tidak
hati-hati
boleh
menyebabkan
susah
terlampau
lagi
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Alah bisa tegal biasa
Pekerjaan
yang
susah
akan
menjadi
senang jika selalu membuatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kepapaan itu anak kunci bagi pintu kebajikan dan kekayaan itu penutupnya
Kalau
susah
kuat
berusaha
bila
kaya
malas
belajar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tahan besi
Kebal.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ikan lagi dilaut; lada garan sudah disengakalan
1.
Angan-angan. 2.
Sesuatu
pekerjaan
belum
jadi tetapi sudah ditawarkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
25
26
27
28
29
[30]
31
32
33
34
[c] 2021 Petak Ajaib PLT