Bahasa Rakyat
Add
Berjalan peliharakan kaki berkata peliharakan lidah
Harus
berhati
hati
dalam
percakapan ditakuti tersalah
langkah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa melejang siapa patah
Siapa yang
keras
kehendaknya untuk melakukan
sesuatu
pekerjaan
dia jugalah akan merasai kesukarannya
atau
menanggung
rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang yang puru gatal tubuhnya menggaru juga kerjanya
Perbuatan
yang
jahat
itu
kelak
akan diketahui
orang
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tegap pada yang datar
Tetap pendiriannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Segenggam berlebihan segantang berkurangan
Hadiah
kecil
untuk raja tak kan diterima. ;
Rasuah
perkara
besar
akan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hapus arang di muka orang
Menghilangkan
malu
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Arang di muka
Mendapat malu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kecil jangan disangka anak besar jangan disangka ibu (bapa)
Pengetahuan
atau
kelebihan
itu
tidak
khusus
terdapat
pada
orang tua
sahaja;
Kebolehan
seseorang
jangan
kita ukur dari rupa umurnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berebut temiang hanyut tangan luka temiang tidak dapat
Dua
orang
bergaduh
merebutkan
sesuatu
tetapi
tidak
ada
yang dapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hutang tembilang belum langsai; hutang tajak tiba pula
Hutang
lama
belum
habis
dibayar
hutang
baru sudah ditagih.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
25
26
27
28
29
[30]
31
32
33
34
[c] 2021 Petak Ajaib PLT