Bahasa Rakyat
Add
Selalu terhilir malam apa hendak dikatakan pagi?
Menyesal kerana
perbuatan
yang telah terlanjur.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak pergi berotan jangan takut onaknya
Tiap-tiap
pekerjaan
yang
besar
atau
berharga
adalah sedikit
sebanyak
susahnya mesti kita
rasai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai tembilang bagai penggali bagai yang hilang begitu pengganti
Yang
mengganti
lebih
baik
daripada
yang
menghilang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dahulukan yang dahulu merasai garam
Orang-orang
muda
yang mengetahui tertib
kehormatan
sentiasa
mengutamakan dan
mendahulukan
orang-orang tua
dalam
sesuatu
pekerjaan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang tak berkepala
Tidak
malu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mensiang yang baru dicari kampillah sudah dahulu
Rundingan
atau
permuafakatan
baru akan dibuat (dimulai) tetapi keputusannya diambil terlebih
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Adat dagang tahan tawar
Peniaga
tidak
boleh
marah
bila
pembeli tawar
menawar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak bertepat janji tak berteban taruh tak tertangkap mengamang-ngamanglah (alah) di darat sahaja
Peperangan
atau
perkelahian
yang
tidak
mempunyai
tipu
daya akan kalah percuma
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang terbujur lalu yang terlintang patah
Sanggup
menanggung
segala risiko
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Salah gelogok hulu malang pandai bertenggang hulu baik
Kalau
kurang hati-hati
dalam
sesuatu
pekerjaan
mungkin
celaka
diri; tapi
kalau
pandai dan
berhati-hati
yang sukar
sekalipun
pasti
akan
mendapat
faedah
daripadanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
24
25
26
27
28
[29]
30
31
32
33
[c] 2021 Petak Ajaib PLT