Bahasa Rakyat
Add
Pitis sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang (dan) nuri pandai berkata
Orang
miskin
yang
tidak berdaya
bernafsu
seperti
orang
kaya
tentu kecewa
jadinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pecah tempayan pekasam; muka berconteng arang
Mendapat malu
besar
kerana
kejahatan
yang dilakukannya telah diketahui
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ibarat menyambung nak panjang; ibarat menyibar nak lebar
Perbilangan
digunakan
orang
yang
memperbaiki
atau
membesarkan
rumahnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mencarikan kepalo nan tak batukik punggung nan tak basaok
Pergi
berdagang
ke
negeri
lain
untuk mencari
nan
tak basaok.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telentang bersama menadah embun tertiarap sama memakan pasir
Senang sama senang
susah
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama durian dengan timun menggolek rosak kena golek binasa
Orang
yang lemah
tidak
boleh
melawan
orang
kuat kerana
baik
buruknya
itu
akan
beroleh
binasa
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Reba menanti api
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tertukik jajak mendaki tersendorong jejak menurun
Kaum kerabat
yang
jauh
tidak
berapa
berhak
atas
harta
waris.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Disangkakan bedena (pedena) timbul terpeluk bangkai babi bengkak hanyut
Keadaan
orang
yang tamak
tidak
tahu
membezakan
antara
baik
dengan buruk akhirnya ia
mendapat malu
dan
terhina
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ingat ranting yang akan menimpa (melenting); dahan yang akan mencucuk; duri yang akan mengait
Ketika
hendak
membuat
sesuatu
pekerjaan;
hendaklah
sentiasa
berhati-hati
terhadap
bahaya
dan
rintangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
23
24
25
26
27
[28]
29
30
31
32
[c] 2021 Petak Ajaib PLT