Bahasa Rakyat
Add
Lampai bagai pimping di lereng lemah bagai lenggundi muda
Puji-pujian
terhadap
perempuan catik yang mempunyai
potongan badan
cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Penat tukang menempa besi binasa senjata tak jadi
Tenaga yang
banyak
dan belanja
besar
telah dicurahkan kepada
sesuatu
pekerjaan
tetapi akhirnya sia-sia
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cakap berdegar-degar; tahi tersangkut digelegar
Orang
yang
bercakap besar
tetapi kerjanya tiada
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mega berarak alap santun
Melakukan
sesuatu
yang sudah
menurut
tata
cara
ada
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama ayam menetaskan telur itik
Anaknya
itu
ke
air
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai anjing melintang denai
Orang
yang
sombong
menunjukkan kesombongannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hulu mujur pandai bertenggeng hulu naik baik pandai memakai
Orang
yang
pandai hidup
dan
membawa diri
dalam
pergaulan
hingga
dia selamat
aman
serta dikasihi
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pepat di luar rencong (pancung) di dalam
Orang
yang manis mulutnya tetapi niat di
hati
jahat;
Mengeluarkan kata-kata untuk
memujuk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menumbuk di (ke) lesung bertanak di periuk
Membuat
sesuatu
biarlah
menurut
aturannya; Adat yang
tidak
tetap selalu
berubah
begitu
jadinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nak mengayuh perahu bertambat
Melakukan
perkara
sia-sia
[
Malay Civilization
]
peribahasa
21
22
23
24
25
[26]
27
28
29
30
[c] 2021 Petak Ajaib PLT