Bahasa Rakyat
Add
Bagai timun dendang di dalam merah di luar pahit
Baik
pada rupa tetapi di
hati busuk
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak hilang bisa ular menyusur akar
Tidak
jatuh
martabat
orang
yang mulia
jika merendahkan diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak ditelan termengkelan nak diluah (diludah) tak keluar
Keadaan yang
serba salah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cikil berhabis lapuk berteduh
Orang
yang sangat kikir; tetapi hartanya
habis
dengan sia-sia
sahaja
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan difikirkan kalau tebu itu bengkok manisnya itupun bengkok juga
Jangan
disangkakan
nasihat
atau
perkataan
yang keluar dari mulut
orang
jahat
itu
selamanya
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pisang tak akan berbuah dua kali
Sekali
tertipu
atau
kerugian tentu akan
berjaga-jaga
pada masa
datang
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ibarat gasing; berpaku tetap berpusing; tak berpaku merayau
orang
yang
ada
isteri akan tetap di rumah; manakala
tidak
beristeri mencari-cari
peluang
berjahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Benih yang baik jatuh ke laut akan menjadi pulau
Orang
yang
baik
ke
mana
saja
pergi tetap
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti buah macang dimakan kelarah di luar baik busuk di dalam
Orang
perempuan yang sudah rosak
hanya
di
luar
saja
kelihatan
baik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke dalam sumpit tidak muat ke dalam ambong longgar
Tidak
dapat
menyesuaikan
diri dengan keadaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
20
21
22
23
24
[25]
26
27
28
29
[c] 2021 Petak Ajaib PLT