Bahasa Rakyat
Add
Takutkan mayat terpeluk bangkai
Takut
rugi
atau
susah
sedikit jadi
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pipit bukan seekor jagung bukan sebatang
Jawapan
seseorang
untuk
mengelakkan
diri dari
tuduhan
bahawa dia bersalah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ajar itik berenang
Mengajar
orang
yang lebih pandai
daripada
kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ikan berkilat jala pun tiba (datang)
Orang
yang
bijaksana
mudah
memikirkan
perkara-perkara
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hulu mujur pandai bertegang; hulu baik pandai memakai
Pandai bergaul.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama orang campak bunga di balas campak tahi
Orang
yang
berbuat baik
kepada kita hendaklah dibalas
juga
jangan
kejahatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dijemba-jemba bak bersiang dihela surut bagai bertanam
Mengagak-agak dan mengatur-atur
sesuatu
pekerjaan
menurit patutnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai bambu yang dipanjangkan air yang deras hujungnya gementar
Orang
yang
resah
dalam
kesusahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sementara menunggu (menanti) padi masak berjagung-jagung dahulu
Sementara menunggu
untung besar
eloklah
buat
pekerjaan
yang
kecil-kecilan
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sambil menidurkan anak lepas kelap mata sambil menyuapkan anak lepas pedih hati
Pepatah
ini menunjukkan kiasan dari kelakuan
ibu
yang
beranak
kecil
iaitu
apabila
dia menidurkan anaknya pada masa sama
membuat
pekerjaan
lain
maka
juga
turut
lelap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
19
20
21
22
23
[24]
25
26
27
28
[c] 2021 Petak Ajaib PLT