Bahasa Rakyat
Add
Selisih berhujung kerja berjunjung
Kerja yang
besar
tentu
ada
menanggungnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
Kalau
tak suka didatangi
tetamu
jangan
tinggal di
tempat
yang ramai;
takut
susah
melakukan
sesuatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jalan serap
Lorong
kecil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nan dekat panggilan tiba nan jauh kulangsing lepas
Adat
memanggil-manggil
yang
dekat
dipanggil dengan mulut
jauh
dikirimi surat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seberat-berat beban di atas kepala jua
Sebagaimana
beratnya tanggungan
seseorang
memberi
nafkah
keluarganya dia sendiri
juga
yang memikulnya
orang
lain
sekadar
membantu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Memimpin gajah tempang mati dihempap ditubuhnya
Orang kecil
hendak
menolong
orang besar
akhirnya diri sendiri yang
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Langau di ekor kerbau debu di atas tunggul
Tiap
perkara
ada
tempatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kemas lagi dinding diapit
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tebuan meminang anak labah-labah
Orang
miskin
hendak
bersemenda
dengan
anak
orang
yang
tidak
sama taraf; Jawapan
seseorang
untuk
mengelakkan
diri dari
tuduhan
bahawa dia bersalah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rapat samudera (umum)
Rapat
untuk
orang ramai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
17
18
19
20
21
[22]
23
24
25
26
[c] 2021 Petak Ajaib PLT