Bahasa Rakyat
Add
Kulit hitam orang tengok; tulang putih siapa jengok
Orang
yang
nampak
jahat
pada
zahir
tetapi niat hatinya
baik
tiada diketahui
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke laut meracik ikan tersenyum siput; ke hutan memancing punai tertawa badak
Tiap-tiap
perbuatan
itu
biar tentu dengan aturannya jika
tidak
menjadi
sia-sia
sahaja
bahkan
tertawa
orang
kelak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga putih-putih hampas kelapa dibuang
Rupa yang
nampak
buruk
itu
adakalanya
berguna
sebaliknya
rupa cantik
ada
kalanya
tidak
berguna.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bajak lalu di tanah yang lembut
Orang
yang
lemah lembut
selalu
menjadi
korban
orang
berkuasa
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Teleng bagai cupak hanyut
Orang
yang
berjalan
melonjak-lonjak kerana suka
atau
sombongnya
tidak
tahu
kekurangan
diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pilih-pilih ruas terpilih pada bulu (buku)
Kalau
tidak
memandai dengan
sesuatu
perolehan
yang
sepatutnya
kelak
akan
mendapat
dibenci.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Macam cacing kepanasan
Tidak
tenang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air mudik sungai semua teluk dirantaui
Orang
yang
boros
apa
terlintas di hati
dibeli.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kelok paku asam belimbing anak dipangku kemenakan dibimbing
Anak
dan
anak
saudara
sama-sama
dijaga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gegak gempita
Bising
dan riuh dengan
tempek
sorak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
17
18
19
20
21
[22]
23
24
25
26
[c] 2021 Petak Ajaib PLT