Bahasa Rakyat
Add
Laksana petai sisa pengait
Orang
yang sangat
susah
hidupnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sarap sehelai dituilkan batu sebuah digulingkan
Memeriksa dan mencari keterangan
sesuatu
perkara
dengan saksama sempurna.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai tulang di dalam rongkongan
Sesuatu
kemuskilan
atau
fikiran
yang terbuku
dalam hati
seseorang
tidak
dapat keputusannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai sambau di tengah jalan
Orang
yang
sentiasa
hidup
dalam
kesusahan
atau
kesakitan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kusut diselesaikan; keruh diperjenihkan (dijernihkan)
Orang
yang berselisih hendaklah diperdamaikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Macam kepiting dijalan
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kilat beliung ke (di) kaki kilat pisau (sudah) ke tangan
Kesudahan kata
atau
kehendak
perkataan
itu
diketahui
oleh
orang
yang
bijaksana.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Penat tukang menempa besi binasa senjata tak jadi
Tenaga yang
banyak
dan belanja
besar
telah dicurahkan kepada
sesuatu
pekerjaan
tetapi akhirnya sia-sia
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berjagung(-jagung) dahulu sementara menantikan padi masak.
Menggunakan
barang-barang
berharga
sebelum
mendapat
benda-benda lebih
berharga;
Sementara
menantikan
pekerjaan
tetap buatlah sambilan
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ditempuh nyamuk terbalik ditindih lalat tak dapat bangkit
Sangat lemah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
16
17
18
19
20
[21]
22
23
24
25
[c] 2021 Petak Ajaib PLT