Bahasa Rakyat
Add
Kutib cuci dia nak ke longkang juga
orang
yang
jahat
walaupun telah insaftetap kembali
juga
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Batang jangan dibongkar-bongkar takut cacing di bawahnya berlingkar-lingkar lain rotan lain akarnya walaupun sama boleh dibuat lekar
Nasib
manusia serupa
sahaja
cuma
berlainan darjat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kain lama dicampak buang kain baru pula dicari
Isteri lama diceraikan kerana
jemu
kemudian
berkahwin baru pula.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rosak bawang ditimpa jambak
Orang
yang
rosak binasa
kerana kaumnya
atau
lakunya sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak air hujan ditampung tak air peluh diurut tak air talang dipancung
Tidak
segan-segan
melakukan
apa
jua
untuk
menyampaikan
maksudnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nak kerja golok Keling nak makan parang puting
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bajak selalu di tanah (yang lembut)
Yang lemah selalu
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telinga rabit di pasang subang (kaki untut di pakaian gelang jari kudung dimasukkan cincin)
Sesuatu
hal yang
tidak
layak
asal
mengambil
ada
sahaja
jadilah
akhirnya ditertawakan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kuang memekak di puncak gunung
Orang
yang sangat mencintai kekasihnya; Perempuan
bercakap
dengan
suara
kuat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lembu tanduk panjang tiada menandukpun dikata menanduk juga
Orang
yang biasa melakukan kesalahan
tidak
membuat
pun akan dituduh
orang
melakukannya
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
[3]
4
5
6
7
[c] 2021 Petak Ajaib PLT