Bahasa Rakyat
Add
Teperlus maka hendak menutup lubang
Sudah
mendapat
celaka
baru ingat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Adakah buaya menolak bangkai?
Lelaki
jahat
tidak
menolak perempuan
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Canggung bagaikan (seperti) antan dicungkilkan duri
Melakukan
sesuatu
yang
mustahil
terjadi
;
Perbuatan
bukan-bukan
dan
tidak kena
pada tempatnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti si buta mendapat tongkat dipukulkan membuta tuli
Sombong
kerana baru
kaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Penat tukang menempa besi binasa senjata tak jadi
Tenaga yang
banyak
dan belanja
besar
telah dicurahkan kepada
sesuatu
pekerjaan
tetapi akhirnya sia-sia
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak manik putus tali (pengarang)
Air mata
yang
bercucuran
tidak
berhenti-henti.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pendek di hubung panjang dikerat
Yang
berakal
dan
berpengetahuan
itu
mudah mempersesuaikan benda-benda yang berlain-lainan sifat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seruas tebu yang berulat seruas dibuangkan
Hanya
yang bersalah perlu di
hukum
jangan
sekeluarganya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang membuat periuk bertanak di tembikar
Biasanya
buatan
yang terbaik dijual pada
orang;
tidak
dipakai
sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tanduk di kepala tidak boleh digelengkan
Orang
yang
tidak
menginginkan
suatu
pekerjaan
atau
menerima
sesuatu
menjadi
kewajipannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
[3]
4
5
6
7
[c] 2021 Petak Ajaib PLT