Bahasa Rakyat
Add
Hilang dicari terapung direnangi terbenam diselami
Menolong
orang dalam
kesusahan.
;
Sesuatu
hal yang
tersembunyi
diselidiki dan diperiksa dengan
cermat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Luka telah hilang (atau sembuh) parutnya tinggal juga
Sungguhpun
sengketa
antara
dua
orang
itu
telah selesai tetapi kesannya masih
juga
tinggal
dalam ingatan
mereka.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Asal ayam pulang ke bumbung asal itik pulang ke pelimbahan
Tabiat
tidak
akan
berubah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hari pagi dibuang-buang hari petang terkejar-kejar
Membiarkan
peluang
baik
berlalu
kemudian
apabila
sudah
terlambat
terkejar-kejar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti sepohon kayu (barang) di mana ditiup angin disitulah (disanalah) ia condong
Orang
yang
tidak
tetap
pendirian
hanya
menumpang
kepada
orang
menang dan
cerdik
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Matilah kuman kena pelantik sekelian alam limpah darahnya
Orang
miskin
bertemu
jodoh
dengan
orang
kaya
semua
bercakap
mengenainya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ibarat rumput yang kering; ditimpa hujan segar kembali
Keadaan yang
melarat
dan sengsara
mendapat
pertolongan
sehingga hidupnya
terasa
bahagia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Disangka panas sampai petang kiranya hujan di tengah hari
Disangkakan
hidup
akan senang
selamanya
tetapi dipertengahan umur
mendapat
susah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Retak kayu boleh disimpai retak pinggan susah hilangnya
Konflik
kecil
boleh
didamaikan tetapi
konflik
besar
yang
mendalam
sukar dilupakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jadi hujung lidah
Orang
yang
menjadi
harapan
atau
kepercayaan raja
orang
besar-besar jadi gantinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
[3]
4
5
6
7
[c] 2021 Petak Ajaib PLT