Bahasa Rakyat
Add
Kecambah kayu ara takkan jadi pulut(-pulut)
Orang
yang berani
takkan
jadi
penakut.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebagai kucing di atas tembok
Menjaga dua kerja. ;
Cermat
kerjanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jadi dinding lasak peti permaidani
Orang
yang
menjadi
harapan
atau
kepercayaan raja
orang
besar-besar jadi gantinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama kayu buruk dek panas reput dek hujan
Keadaan
orang
yang
hina
lagi
tidak berdaya
upaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lembah diraih pantai dititi
Bijaksana
melakukan perintah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Si buta baharu celik
Orang
yang
susah
baharu
mendapat
kesenangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pasangan jerat sembilan mata pelanduk terjerat terkial-kial mata satu sebelah pisau penyudahnya
Bersama-sama
membuat
kerja
susah
yang
dapat nama
seorang
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Limau masam (manis) (masak) sebelah perahu karam sekerat
Hukum
atau
adat yang
tidak
sama rata
jadi
kurang
adil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Karam di laut ada juga tungku lekar karam di darat (terbakar) habis lalu
Orang
yang
karam
di laut
itu
ada
juga
sedikit
sebanyak
barang
haknya tinggal rumah;
orang
kebakaran
darat
habis
semua
harta benda.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bajak patah terdorong kebencah
Sudah terlanjur.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
[3]
4
5
6
7
[c] 2021 Petak Ajaib PLT